Tumpuan :
Dunia

Bekas Presiden Korea Selatan ditahan

Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol. – Foto: Reuters

SEOUL: Pihak berkuasa Korea Selatan mengesahkan penahanan bekas Presiden Yoon Suk Yeol, pada Rabu berhubung dakwaan pemberontakan, mengakhiri beberapa minggu ketegangan politik republik itu.

Menurut laporan Reuters, bekas Presiden itu bersetuju untuk disoal siasat dan membantu siasatan.

Dalam kenyataan rasmi, Yoon menjelaskan untuk menyerah diri bagi disoal siasat untuk mengelakkan konflik selepas lebih 3,000 anggota polis berkumpul di kediamannya pada pagi tadi.

“Apabila saya melihat mereka memecah masuk ke kawasan keselamatan menggunakan peralatan pemadam kebakaran, saya memutuskan untuk membantu siasatan, bagi mengelakkan pertumpahan darah yang tidak diingini,” katanya.

Yoon dilihat tiba di pejabat agensi anti-rasuah yang mengetuai siasatan terbabit.

Pihak berkuasa kini mempunyai masa 48 jam untuk menyoal Yoon dan mereka perlu mendapatkan waran untuk menahannya selama 20 hari atau membebaskannya.

Sementara itu, peguam yang mewakili Yoon berpendapat bahawa percubaan untuk menahannya adalah tidak sah dan bertujuan untuk memalukan beliau secara terbuka.

Terdahulu, pengisytiharan undang-undang tentera oleh Yoon mengejutkan menimbulkan suasana tegang di republik itu.

Akibatnya, pada 14 Disember, ahli parlimen mengundi untuk memecatnya Mahkamah Perlembagaan dalam proses pertimbangan untuk mengekalkan pemecatan itu dan menyingkirkannya secara tetap daripada jawatan atau mengembalikan kuasanya sebagai presiden.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini