GREECE: Bekas Perdana Menteri Greece, Costas Simitis, yang membawa negara itu memasuki mata wang tunggal Kesatuan Eropah pada tahun 2001, meninggal dunia pada hari Ahad pada usia 88 tahun di rumahnya di Peloponnese, lapor media Greece.
“Dengan rasa sedih dan hormat, saya mengucapkan selamat tinggal kepada Costas Simitis, seorang seteru politik yang berwibawa tetapi juga Perdana Menteri yang bersama Greece dalam langkah-langkah besar negara ini,” kata Perdana Menteri Greece, Kyriakos Mitsotakis, dalam satu kenyataan. – REUTERS
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.