Tumpuan :
Dunia

Bekas Menteri Pertahanan Korea Selatan cuba bunuh diri

Bekas Menteri Pertahanan Korea Selatan, Kim Yong-hyun. – FOTO: Reuters

SEOUL: Bekas Menteri Pertahanan Korea Selatan, Kim Yong-hyun didakwa cuba membunuh diri ketika dalam tahanan polis.

Menurut jurucakap pihak berkuasa, Kim yang ditahan atas dakwaan mencadangkan pelaksanaan undang-undang tentera kepada Presiden Yoon Suk-yeol bertindak sedemikian ketika pengeluaran waran tangkap ke atas sedang diproses.

Ketika ini, pihak berkuasa sudah memindahkan Kim ke bilik isolasi dan pemeriksaan kesihatan ke atas beliau mendapati Kim berada di dalam keadaan stabil dan baik.

Kim ditahan pada Ahad lalu, beberapa hari selepas Presiden Yoon menggemparkan seluruh negara apabila melaksanakan undang-undang tentera yang mengakibatkan krisis politik dalaman berlaku bukan hanya membabitkan pihak pembangkang tetapi dalam kalangan ahli parti pemerintah diketuai Yoon sendiri.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini