MOSCOW: Bekas juara dunia luncur ais beregu, Yevgenia Shishkova dan Vadim Naumov yang juga pasangan suami isteri, berada dalam pesawat American Airlines yang terhempas ke Sungai Potomac di Washington pada malam Rabu, menurut kenyataan Kremlin dan media negara Rusia.
Shishkova dan Naumov memenangi kejuaraan dunia luncur ais beregu pada tahun 1994 dan dilaporkan telah menetap di Amerika Syarikat sejak sekurang-kurangnya 1998, di mana mereka melatih peluncur ais muda.
Pasangan itu dikatakan dalam perjalanan pulang dari satu pertandingan dan bersama sekumpulan peluncur muda. Portal berita Rusia, Mash, menerbitkan senarai 13 peluncur yang dipercayai turut berada dalam pesawat tersebut. – REUTERS
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.