Tumpuan :
Dunia

Beijing tambah 3 laluan baharu metro, kurangkan lagi trafik pusat bandar

Foto: Reuters

BEIJING: Tiga laluan baharu metro dibuka pada Ahad di Beijing, menambah jumlah jarak transit rel bandar raya itu kepada 879 kilometer, meletakkan ia di ranking pertama dalam kalangan metropolitan di China, lapor Xinhua.

Wu Yulan, seorang pegawai Suruhanjaya Pengangkutan Perbandaran Beijing berkata tiga bahagian laluan metro termasuk satu koridor bawah tanah timur-barat melalui bandar raya yang juga disambungkan ke banyak laluan transit kereta api utara-selatan, memberikan pilihan baharu bagi orang ramai di kawasan perumahan besar bandar raya itu.

Wu berkata rangkaian transit rel Beijing kini mempunyai 522 stesen termasuk 98 stesen pertukaran.

Beijing mengambil langkah untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas dengan membina lebih banyak laluan kereta api bawah tanah, yang menyediakan penyelesaian transit pantas di kawasan metropolis yang luas itu.

Sejak Laluan Metro Beijing 1 dibuka secara rasmi pada 1 Okt 1969, untuk menjadi transit rel bandar pertama di China, Beijing membina rangkaian transit rel bandar yang paling lama beroperasi di negara ini.

Wu berkata rangkaian transit rel yang diperluas dibangunkan untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat dan untuk meneruskan pembangunan berkualiti tinggi di bandar raya itu. -BERNAMA-XINHUA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini