comscore
Tumpuan :
Dunia

Bayi maut ditinggal 5 jam dalam kereta oleh pengasuh 

MIAMI: Seorang bayi 10 bulan maut selepas ditinggalkan di dalam kenderaan selama lima jam dalam cuaca panas di Jacksonville, Florida.

Kejadian berlaku pada 19 Julai lalu.

Pengasuh bayi malang itu ditahan dan didakwa atas tuduhan menyebabkan kematian.

Pada 8 pagi hari kejadian, Rhonda Jewell, 46, dikatakan mengambil bayi perempuan itu dari rumah ibunya di utara Macclenny dan terus memandu ke selatan kejiranan terbabit, tempat di mana dia turut mengasuh kanak-kanak lain.

Polis berkata, apabila dia tiba di rumah asuhan, dia segera masuk ke dalam rumah dan meninggalkan mangsa di dalam kereta untuk sekurang-kurangnya lima jam.

Jewell didakwa terlupa terus mengenai bayi itu apabila menguruskan anak asuhan lain, sehingga ibu bayi terbabit tiba pada 1 tengah hari untuk mengambil anaknya.

Mangsa ditemui tidak sedarkan diri dan dibawa ke Hospital Fraser Memorial serta disahkan meninggal dunia.

Penyiasat memaklumkan kulit bayi itu ‘masih terlalu panas untuk disentuh’ ketika pemeriksaan awal.

Petugas perubatan yang merekod suhu badan bayi terbabit pula memaklumkan bacaannya ialah 110 darjah Celsius, yang tertinggi boleh dibaca termometer.

Jewell ditahan di Pusat Tahanan Baker dan dibebas dengan bon $25,000 (RM114,025) serta pemantauan GPS sementara menunggu perbicaraan.- AGENSI

Loading...
Terkini