SYRIA: Bayi dan kanak-kanak antara 16 maut dalam runtuhan bangunan lima tingkat di Aleppo
Usaha menyelamat mangsa giat dijalankan pasukan penyelamat dengan jentera berat dan peralatan lain.
Operasi berjaya mengeluarkan empat mangsa yang masih hidup setakat ini.
Seorang bayi dan empat kanak-kanak antara yang disahkan terbunuh.
Menurut Kementerian Dalam Negeri, bangunan usang itu menempatkan 35 penghuni daripada tujuh keluarga.
Kebanyakan bangunan di kawasan itu berada dalam keadaan daif setelah melalui peperangan selama 12 tahun.
Agensi berita Sana yang memetik sumber polis melaporkan, runtuhan berpunca daripada kebocoran air bawah tanah yang menjejaskan struktur asas bangunan. – AFP