GAZA: Doktor di Gaza memaklumkan bayi yang dilahirkan kini tiada lagi bersaiz normal, sakit dan meninggal dunia.
Selain itu, ibu mengandung terpaksa menjalani pembedahan ‘Caesarean Section’ tanpa bius mencukupi.
Seorang pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata situasi kemanusiaan di Gaza umpama mimpi ngeri buat ibu mengandung dan bayi mereka.
Ibu mengandung didakwa berada dalam keadaan tertekan, takut, kurang makan dan keletihan.
Lebih ramai bayi yang lahir meninggal dunia dengan kebanyakan kematian Neonatal yang sebahagiannya berpunca daripada kekurangan zat makanan, dehidrasi dan komplikasi.
Bilangan kelahiran yang rumit adalah kira-kira dua kali ganda berbanding sebelum perang dengan Israel. – REUTERS
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.