ARGENTINA: Kekecohan tercetus di lebuh raya Buenos Aires apabila sebuah bas secara tiba-tiba terbakar sekaligus menyebabkan penumpangnya bertempiaran lari.
Kebakaran yang berjaya dirakam kamera keselamatan itu dilaporkan berlaku di Lebuh Raya Umum Paz.
Kejadian menyaksikan api pantas membakar bas berkenaan selain turut merebak ke semua lorong lebuhraya akibat tumpahan minyak yang berlaku.
Situasi itu akhirnya mengganggu lalu lintas hingga menghalang pergerakan kenderaan sepenuhnya.
Siasatan awal mendapati kebakaran berpunca daripada masalah mekanikal pada bas terbabit.
Api akhirnya berjaya dikawal bomba dan tiada kemalangan jiwa ataupun kecederaan dilaporkan setakat ini.