AMERIKA SYARIKAT: Lima cedera apabila sebuah bas merempuh sebuah pesawat di California.
Insiden berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles kira-kira jam 10 malam.
Ketika kejadian pesawat jenis Airbus A321 milik Syarikat Penerbangan American Airlines itu sedang ditunda ke kawasan parkir dan tiada penumpang di dalamnya.
Perlanggaran menyebabkan kerosakan pada bas terbabit.
Empat mangsa yang cedera dibawa ke hospital manakala seorang lagi mangsa diberi rawatan di lokasi kejadian.
Punca kejadian masih disiasat. – REUTERS / THE NEW YORK TIMES