comscore
Tumpuan :
Dunia

Bapa saudara ‘psiko’, bunuh, sumbat budak 4 tahun dalam mesin basuh

FILIPINA: Akibat terlalu obses dengan siri drama kisah benar pembunuh bersiri – Dahmer,  mendorong seorang remaja 15 tahun untuk membunuh anak saudaranya yang berusia 4 tahun dan menyorokkan mayat kanak-kanak malang itu di dalam mesin basuh.

Patrick Sucgang sebelum itu dilaporkan mendera Prince Grey Mondero sebelum membunuh mangsa di kediaman keluarganya.

Patrick yang ditugaskan mengawasi kanak-kanak itu mendakwa tidak mengetahui di mana Prince berada sebelum keluarganya membuat laporan polis.

Namun, ibu Patrick terhidu bau busuk dari biliknya dua hari selepas kehilangan Prince.

Wanita itu mengesan bau itu datang dari mesin basuh yang sudah tidak digunakan dan ditutup dengan kain serta susunan buku di atasnya.

Dia menemui mayat kanak-kanak itu disumbat dalam mesin berkenaan.

Hasil siasatan mendapati Patrick bertanggungjawab menyebabkan kematian Prince.

Disebabkan usianya, prosiding undang-undang terpaksa digantung sehingga umurnya mencapai 18 tahun.

Remaja itu buat masa ini dihantar ke Pejabat Kebajikan Masyarakat dan Pembangunan Bandar.

Loading...
Terkini