comscore
Tumpuan :
Dunia

Bapa bunuh dan tanam 7 bayi hasil sumbang mahram dengan anak kandung

Foto hiasan

JAWA: Operasi pencarian tujuh rangka bayi manusia yang dikebumikan di sebuah lokasi bekas tapak sebuah kolam di Jawa Tengah, Indonesia terus dijalankan pihak polis Banyumas.

Kelahiran tujuh bayi itu didapati hasil sumbang mahram antara seorang lelaki pernah beristeri tiga yang hanya dikenali sebagai Rudi, 57, bersama anak kandungnya sendiri, yang juga anak sulung Rudi bersama isteri ketiganya.

Difahamkan, anak pertama yang dilahirkan pada 2009 diberikan kepada orang lain dan sejak itu, mangsa berulang kali hamil dan bersalin, dengan tujuh bayi lain yang terdiri dua perempuan dan lima lelaki ditanam selepas dilahirkan.

“Semalam, kami menetapkan bahawa Rudi, 57, iaitu penduduk Desa Tanjung sebagai suspek,” kata Ketua Polis Banyumas, Agus Supriadi Siswanto, sambil menambah, suspek kes itu mungkin lebih daripada seorang.

Polis mempunyai bukti mencukupi untuk menuduh Rudi sebagai suspek dalam kes berkenaan.

Kes itu pada awalnya didedahkan bermula dengan penemuan objek disyaki tulang manusia oleh dua pekerja pembersihan pada 15 Jun lalu ketika mereka meratakan tanah di lokasi itu.

Rudi didakwa membunuh dan menanam bayi hasil sumbang mahram bersama anak kandungnya yang dikenali sebagai E, 25, sejak 2012.

Perbuatan keji itu dilakukan Rudi sejak kelahiran bayi pertama pada 2013 sehingga bayi ketujuh pada 2021.

Berdasarkan pengakuan suspek, masih terdapat tiga mayat bayi yang dibunuhnya dan ditanam di tempat itu, selain empat rangka bayi yang kami temui antara 15 hingga 21 Jun lalu,” kata Agus.

Menurutnya, Unit Siasatan Jenayah Polis Banyumas sudah menggali kawasan bekas kolam itu semalam namun masih belum menemui rangka tiga bayi terbabit.

Jumlah rangka yang ditanam mengejutkan orang ramai dan pengakuan Rudi mengenai perbuatan keji memperkosa atas anak perempuannya juga sungguh menyayat hati.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Komisioner Polis Banyumas, Agus Supriadi mendedahkan mangsa dinoda di sebuah pondok berhampiran rumah mereka sejak berusia 13 tahun.

Isteri ketiga Rudi bernama S dikatakan membantu E melahirkan anak berkenaan dan S dikatakan diugut bunuh oleh R sekiranya membongkarkan perkara berkenaan. – AGENSI

Loading...
Terkini