comscore
Tumpuan :
Dunia

Bantuan Qatar untuk Gaza kini hampir mencecah 1,900 tan

Foto: Reuters

ARISH: Qatar telah menghantar 61 pesawat bagi menyampaikan 1,897 tan bantuan kepada rakyat Palestin di Gaza setakat ini.

Terbaharu, pesawat milik Angkatan Tentera Qatar yang membawa 18 tan bantuan tiba di bandar Arish, Mesir pada Khamis, menurut Agensi Berita Qatar (QNA).

Bantuan itu termasuk bekalan makanan dan perlindungan yang disediakan oleh Dana Qatar bagi Pembangunan dan Tabung Kebajikan Qatar dan akan dipindahkan ke Gaza. – BERNAMA-QNA

Loading...
Terkini