comscore
Tumpuan :
Dunia

Bantuan Arab Saudi ke Lubnan berlepas dari Riyadh

FOTO: Reuters

RIYADH: Sebuah pesawat Arab Saudi yang membawa makanan dan bantuan perubatan menuju ke Lubnan berlepas dari Riyadh pada Ahad.

Video disiarkan Pusat Bantuan dan Kemanusiaan Raja Salman menunjukkan bekalan sedang dimuatkan ke dalam pesawat.

Menerusi muatnaik di laman X, pusat berkenaan memaklumkan telah melancarkan operasi pengangkutan udara kepada rakyat Lubnan bagi memberi sokongan penting ketika negara itu berdepan situasi getir.

Rejim Israel melancarkan serangan udara yang mengakibatkan lebih1.2 juta orang kehilangan tempat tinggal di Lubnan.

Ia turut disusuli kempen pengeboman Israel yang diperhebat sekaligus mencetus kebimbangan rakyat Lubnan dengan kemungkinan negara mereka bakal mengalami kemusnahan skala besar.

Kementerian Kesihatan Lubnan melaporkan berpuluh-puluh kematian, termasuk 10 anggota bomba terkorban dalam serangan udara di sebuah bangunan perbandaran di kawasan sempadan.

Menurut data, kira-kira 2,000 rakyat Lubnan telah terbunuh sejak Hizbullah mula bertindak balas terhadap Israel sejak setahun lalu sebagai solidariti kepada perjuangan Hamas dan rakyat Palestin.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini