Tumpuan :
Dunia

Bantahan kes penculikan berleluasa di Kenya

FOTO: Reuters

KENYA: Polis di ibu negara Kenya, Nairobi, melepaskan gas pemedih mata untuk menyuraikan penunjuk perasaan yang mengadakan demonstrasi pada Isnin (30 Disember) bagi membantah kes penculikan yang berleluasa di negara itu

Berpuluh-puluh rakyat Kenya telah diculik dalam beberapa bulan kebelakangan ini, menurut kumpulan hak asasi manusia, yang menyalahkan penahanan luar undang-undang ke atas polis dan perkhidmatan perisikan Kenya.

Pihak berkuasa Kenya berkata, kerajaan tidak menyokong atau terlibat dalam pembunuhan luar undang-undang atau penculikan.

FOTO: Reuters

Beberapa kumpulan penunjuk perasaan muda berarak di pusat bandar Nairobi, manakala yang lain mengadakan mogok dan melaungkan slogan membantah kerajaan, dengan beberapa individu memegang sepanduk yang mengutuk penahanan haram, menurut rakaman yang ditunjukkan oleh penyiar NTV.

Jurucakap Polis negara itu tidak memberikan sebarang respon pantas berhubung tunjuk perasaan itu. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini