INDONESIA: Tiga penduduk terbunuh dalam kejadian banjir dan tanah runtuh yang melanda Kota Semarang, Jawa Tengah, Indonesia.
Media AntaraNews yang memetik Jurucakap Polis Irwan Anwar melaporkan, dua maut akibat banjir di Meteseh dan Rowosari.
Manakala satu lagi kematian akibat tanah runtuh dicatatkan Pudakpayung.
Kejadian berpunca daripada hujan lebat berterusan yang mengakibatkan tanah setinggi 25 meter runtuh ke atas kediaman mangsa.
Mangsa yang berusia 37 tahun disahkan sebagai Ari Wibowo.
Dalam pada itu, banjir turut melanda kawasan penempatan di Tembalang selepas tebing Sungai Babon runtuh.
Usaha membaik pulih tebing akan dilakukan apabila banjir mula surut. – ANTARANEWS