HONG KONG: Dua maut dalam kejadian hujan lebat dan banjir buruk yang melumpuhkan bandar Hong Kong.
Pihak berkuasa tempatan memaklumkan, 85 orang cedera dengan dua daripadanya berada dalam keadaan kritikal.
Sekurang-kurangnya tujuh kejadian tanah runtuh dilaporkan setakat semalam.
Kenderaan penduduk dan jalan raya mengalami kerosakan teruk.
Keadaan buruk memaksa sekolah dan pejabat ditutup manakala perkhidmatan bas terpaksa dihentikan.
Penduduk dilaporkan tidak sempat membuat persiapan sepenuhnya selepas amaran hujan lebat dikeluarkan pihak berkuasa tempatan dalam tempoh yang singkat.
Ia hujan paling lebat direkodkan sejak tahun 1884 dengan lebih 600 milimeter hujan dicatatkan di Hong Kong dalam tempoh 24 jam.
Rekod baharu taburan hujan dicatatkan di pusat tadahan di Tsim Sha Tsui. – REUTERS