Tumpuan :
Dunia

Banjir landa Manchester

FOTO: Reuters

MANCHESTER: Hujan lebat sepanjang malam telah menyebabkan jalan raya di bandar Manchester, England, dilanda banjir pada Rabu (1 Januari), dengan beberapa kenderaan ditinggalkan penduduk setelah ditenggelami air.

Rakaman dron menunjukkan kereta-kereta yang ditinggalkan selepas hujan lebat.

Pada masa sama, pekerja majlis tempatan dilihat berusaha membuka saluran yang tersumbat.

Pejabat Meteorologi (Met Office) mendedahkan hujan lebat di beberapa kawasan boleh mencecah lebih daripada 10cm (4 inci).

Juga terdapat laporan penduduk terperangkap di sebuah blok flat tanpa bekalan air bersih. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini