comscore
Tumpuan :
Dunia

Banjir kilat, sebahagian besar Mogadishu tenggelam

Foto: Reuters

MOGADISHU: Ibu kota Somalia, Mogadishu dilanda banjir kilat menenggelamkan sebahagian besar kawasan termasuk laluan jalan raya utama.

Menurut penduduk, kejadian banjir mengejut selain peningkatan mendadak air sehingga paras lutut, menyebabkan kerosakan besar harta benda dan infrastruktur.

Penduduk juga khuatir keadaan itu terus mengancam keselamatan terutama golongan kanak-kanak.

Kekerapan banjir kilat saban tahun mencetus keresahan berkaitan kesan perubahan iklim.

Fenomena itu turut menjadi kebimbangan global yang ketara, dengan benua afrika termasuk somalia, menyaksikan trend cuaca semakin tidak menentu.

Menurut Panel Antara Kerajaan Mengenai Perubahan Iklim, (IPCC), kekerapan kejadian cuaca ekstrem seperti kemarau dan banjir di wilayah ini meningkat dengan ketara rentetan pemanasan global.

Lebih meruncing, situasi itu disertai cabaran sedia ada termasuk ketidakstabilan politik dan kemiskinan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini