JEDDAH: Banjir kilat yang membadai Jeddah memaksa sekolah dan universiti di daerah itu ditutup serta-merta.
Ekoran cuaca ribut, jadual penerbangan di Lapangan Terbang King Abdulaziz juga terpaksa ditunda.
Video yang dimuatnaik penduduk ke media sosial menunjukkan arus deras banjir mengalir di kawasan perumahan mereka yang sekaligus turut menenggelamkan kenderaan.
Bencana alam ini sama sekali mengejutkan warga Jeddah.
Jabatan meteorologi tempatan melaporkan taburan hujan 179 milimeter antara jam 8 pagi ke 12 tengah hari adalah yang tertinggi pernah direkodkan.
Banjir dahsyat kali ini juga turut menghanyutkan kereta, jalan-jalanraya ditenggelami air selain turut menyaksikan kemusnahan harta benda.
Pihak berkuasa tempatan turut mengeluarkan amaran cuaca buruk ekstrim, yang menggesa orang ramai untuk sentiasa berwaspada buat masa ini.