VALENCIA: Hampir 100 maut dalam banjir kilat yang melanda timur Sepanyol.
Banjir tercetus akibat ribut yang membawa hujan lebat di wilayah Valencia dan sekitarnya.
Angka korban dijangka akan terus meningkat dengan ramai penduduk masih hilang.
Juga terdapat penduduk yang terperangkap di kawasan masing-masing.
Lebih 1,000 tentera dikerah ke kawasan terjejas.
Kerajaan Pusat turut membina Pusat Krisis bagi mengkoordinasi usaha membantu penduduk.
Pasukan Kecemasan pada masa sama menggesa penduduk mengelak sebarang perjalanan dan mengikuti perkembangan terkini situasi banjir dari pihak berkuasa.
Presiden Kesatuan Eropah dalam pada itu mengumumkan pihaknya bersedia menghulurkan bantuan dalam operasi menyelamat.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.