AMERIKA SYARIKAT: Beberapa jalan raya di California ditutup kepada orang ramai ekoran hujat lebat berterusan mencetuskan banjir kilat di negeri itu.
Kawasan yang terjejas termasuk Oxnard, Ventura serta Santa Barbara sekaligus memaksa penduduk untuk berpindah.
Jalan raya di Oxnard dilaporkan tenggelam sepenuhnya sebaik hujan lebat berterusan melanda sewaktu awal pagi.
Ekoran itu, pihak polis mengarahkan orang ramai untuk berpindah tatkala Pelabuhan Hueneme dinaiki air.
Sementara itu jalan raya di bandar persisiran pantai, Santa Barbara turut ditutup sementara waktu ekoran bah melanda.
Visual yang dikongsi menunjukkan pengguna jalan raya berdepan kesukaran untuk mengharungi banjir dengan kenderaan mereka apabila paras air dilaporkan semakin meningkat.