Tumpuan :
Dunia

Banjir: Empangan kedua pecah, perkhidmatan kereta api Poland-Republik Czech digantung

Foto: Reuters

Banjir susulan hujan lebat di Poland menyaksikan empangan kedua di barat daya negara itu pecah.

Arus deras akibat limpahan sungai turut mengancam nyawa penduduk setempat.

Air Sungai Biala Ladecka kini mengalir tanpa halangan ke kawasan tadahan Nysa Klodzka.

Usaha menyelamat mangsa banjir dipergiatkan bagi membawa keluar penduduk yang terperangkap.

Ia turut dibantu anggota tentera yang dikerahkan ke kawasan terjejas termasuk perkampungan.

Dalam pada itu, pengendali kereta api Poland, PKP menggantung perkhidmatan kereta api dengan negara jiran Republik Czech sebagai langkah keselamatan. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini