INDIA : Banjir di India meragut 145 nyawa dengan negeri Himachal Pradesh paling teruk terjejas.
108 kematian dicatatkan sejak monsun bermula di negeri terbabit.
Hujan lebat turut mengakibatkan kejadian tanah runtuh dan memaksa penutupan lebuh raya.
11 pasukan dari Badan Respon Bencana Kebangsaan, NDRF telah dikerah ke lokasi bagi membantu penduduk.
Jabatan Meteorologi Tempatan turut meramalkan taburan hujan lebat bagi tempoh lima hari akan datang.
Kerajaan Pusat dalam pada itu telah meluluskan dana bantuan awal kepada kerajaan negeri Himachal Pradesh beberapa hari lalu.
Turut terjejas akibat hujan lebat, New Delhi yang menyaksikan kenaikan paras air dengan tiga kematian melibatkan kanak-kanak dilaporkan.
Lebih 7,300 penduduk ditempatkan di 33 pusat perlindungan sementara.