GUWAHATI: Lebih 30 maut dalam kejadian banjir buruk dan tanah runtuh di negeri Assam.
Lapor media antarabangsa, bencana kali ini telah mengakibatkan lebih 160,000 penduduk terjejas.
Bandar terbesar di negeri Assam, Guwahati turut ditenggelami air.
Paras air Sungai Kopili kini melepasi paras bahaya.
India yang mengalami cuaca ekstrem berpanjangan turut berdepan masalah cuaca panas melampau yang meragut sekurang-kurangnya 100 nyawa setakat ini. – REUTERS
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.