Tumpuan :
Dunia

Banjir cetus krisis kemanusiaan di utara Nigeria

FOTO: Reuters

Kesan banjir yang melanda timur laut Nigeria menimbulkan kebimbangan krisis kemanusiaan yang serius, dengan ribuan orang terpaksa berpindah dan ramai lagi penduduk masih terperangkap.

Ia turut mencetuskan kenaikan harga makanan secara mendadak sekalu gus mengancam keselamatan makanan bagi populasi yang sudah sedia terdedah dengan masalah itu.

Di kem Bakassi, yang sudah menampung ribuan penduduk yang terpaksa berpindah menyaksikan ramai yang bergelut cuba mendapatkan makanan.

Kekurangan air juga menjadi isu kritikal, dengan tangki-tangki kosong menunjukkan situasi yang semakin parah.

Banjir yang melanda negeri Borno di timur laut Nigeria telah memberi kesan kepada kira-kira 1 juta orang, menurut gabenor negeri pada hari Rabu (11 September), ketika pihak berkuasa berusaha keras untuk menyelamatkan penduduk dan menyediakan tempat perlindungan sementara.

Banjir tersebut bermula apabila sebuah empangan melimpah akibat hujan lebat. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini