comscore
Tumpuan :
Dunia

Bangladesh tetap pertahan hak rakyat Palestin

Foto Reuters

NEW YORK: Usaha memperjuangkan hak rakyat Palestin akan diteruskan.

Itu yang ditegaskan Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina ketika menyentuh mengenai ulang tahun ke-75 peristiwa Nakba, ketika berucap di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke-78.

Ujar Hasina, sungguh membimbangkan apabila hak rakyat Palestin masih belum dipenuhi.

Menurutnya, Bangladesh bersedia memastikan keamanan dan keselamatan global dengan menyertai operasi pengaman PBB dan seramai 188,000 rakyat Bangladesh, termasuk wanita, berkhidmat dalam 55 operasi di 40 negara.

Dalam ucapan itu, Hasina turut menyentuh mengenai isu pelarian Rohingya yang hampir enam tahun terpaksa meninggalkan rumah dan tanah air sendiri.

Foto Reuters

Sementara itu, mengenai krisis iklim, Hasina berkata Bangladesh antara negara yang paling terjejas akibat perubahan iklim.

Krisis global berkenaan sejak beberapa tahun kebelakangan ini telah meningkatkan harga makanan, tenaga dan produk komersial, sambil merakamkan penghargaan kepada Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres atas penubuhan Food, Energy and Finance Global Crisis Response Group pada 2022.

Penubuhan kumpulan gerak kerja itu, secara tidak langsung bertujuan membantu menangani masalah itu yang kini melanda seluruh dunia.

Loading...
Terkini