NEW DELHI: Bangladesh memohon agar bekas perdana menteri Sheikh Hasina diekstradisi dari India.
Menurut Penasihat luar Kerajaan Sementara Touhid Hossain kepada wartawan di Kementerian Luar di Dhaka, pihaknya telah menghantar nota rasmi kepada kerajaan India mengatakan kerajaan Bangladesh mahu beliau kembali untuk proses kehakiman.
Hasina melarikan diri ke India pada 5 Ogos selepas beberapa minggu protes besar-besaran terhadap pemerintahannya.
Bekas perdana menteri itu dan ramai pemimpin Parti Liga Awami berdepan kes mahkamah berkaitan dakwaan kehilangan paksa dan pembunuhan semasa protes berkenaan.
Tribunal Jenayah Antarabangsa Bangladesh pada Oktober mengeluarkan waran tangkap terhadap Hasina.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.