NEW YORK: Ribuan penunjuk perasaan Pro-Palestin berkumpul di beberapa bandar raya utama Amerika Syarikat termasuk di Chicago dan Times Square di New York menentang sokongan pentadbiran negara itu terhadap Israel.
Penunjuk perasaan membawa sepanduk menggesa bantuan untuk rejim zionis ditamatkan, selain menyokong tindakan pejuang Hamas membela hak umat Islam Palestin.
Bagaimanapun, Gabenor New York, Kathy Hochul mengecam perhimpunan berkenaan.
Setiausaha Pertahanan sebelum itu memaklumkan mengerah bantuan ketenteraan termasuk beberapa kapal dan pesawat tentera terhadap Israel sebagai tanda sokongan.
Washington mendakwa, kononnya serangan terbaharu Hamas mungkin bermotif untuk mengganggu potensi normalisasi hubungan Israel-Arab Saudi.
Pejuang Hamas pada Sabtu melancarkan serangan di bandar-bandar Israel susulan peningkatan ancaman dan provokasi oleh tentera Israel di Masjid al-Aqsa sejak kebelakangan ini.
Serangan Hamas yang dilancarkan pada waktu Subuh hari Sabtu yang terbesar ke atas Israel sejak Mesir dan Syria melancarkan serangan mengejut dalam usaha untuk menuntut semula wilayah yang hilang dalam perang Yom Kippur 50 tahun lalu.
| ARTIKEL BERKAITAN
- [VIDEO] Bedil 5,000 roket ke atas Israel, Hamas lancar serangan balas terbesar
- Serangan mengejut pejuang Hamas, mahu tamatkan penindasan rejim Zionis
- Rejim Israel isytihar perang terhadap Palestin
- Warga Israel panik serangan mengejut pejuang Hamas
- Lebih banyak serangan roket dilancarkan Israel ke atas Gaza
- Media Hamas keluarkan video taktik serangan mengejut ke atas Israel
- Zionis kerah askar simpanan
- PERANG PALESTIN-ISRAEL: 413 rakyat Palestin termasuk 78 kanak-kanak terkorban