JEPUN: Banjir berlumpur mengalir melalui jalan-jalan di bandar Wajima, wilayah Ishikawa, Jepun, akibat hujan lebat.
Kenderaan dilapor terperangkap dan sebahagiannya tenggelam ketika hujan lebat berterusan di seluruh Jepun.
Agensi Meteorologi Jepun mengeluarkan amaran hujan kecemasan tertinggi untuk beberapa kawasan di wilayah Ishikawa.
Amaran tersebut meliputi bandar Wajima, Suzu dan pekan Noto, dengan pegawai agensi memberi amaran tentang kemungkinan banjir dan tanah runtuh.
Keadaan turut menggesa penduduk di kawasan terjejas untuk mengambil tindakan keselamatan segera.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.