comscore
Tumpuan :
Dunia

Bandar Baoshan digegarkan dengan gempa 5.2 skala richter


CHINA : Gempa bumi 5.2 skala richter menggegarkan bandar Baoshan di wilayah Yunnan.

Gegaran dikesan 29 kilometer dari bandar itu pada kedalaman 10 kilometer.

Gegaran turut dirasai di beberapa bandar lain termasuk Dali, Lincang dan Chuxiong.

Gempa disusuli dengan satu lagi gegaran pada kekuatan 4.4 skala richter kira-kira 11 minit kemudian.

Rentetan itu, pasukan bencana wilayah Yunnan melancarkan operasi kecemasan disertai 600 anggota dengan 137 jentera.

Tiada sebarang kecederaan atau kematian dilaporkan setakat ini.

Loading...
Terkini