comscore
Tumpuan :
Dunia

Bali gantung projek pembinaan hotel, kawal isu lambakan pelancong

FOTO: Reuters

BALI: Kerajaan tempatan Bali bakal menggantung semua projek pembinaan hotel dan vila baharu dalam usahanya untuk mengekalkan keseimbangan alam semula jadi di kepulauan berkenaan.

Perkara itu dimaklumkan oleh Pemangku Gabenor Bali, Sang Made Mahendra Jaya yang menjelaskan semua projek di kawasan Sarbagita merangkumi Denpasar, Badung, Gianyar dan Tabanan tertakluk kepada penggantungan terbabit.

Jelas gabenor terbabit, penggantungan projek pembinaan itu juga bagi membolehkan pihak berkuasa tempatan mengawal isu lambakan pelancong di pulau pelancongan terkenal berkenaan.

Pengumuman terhadap penggantungan projek itu juga sudah dimaklumkan kepada kerajaan pusat.

Bagaimanapun, tiada tempoh lanjut berhubung penggantungan projek berkenaan dimaklumkan.

Dalam pada itu, Menteri Pelancongan dan Ekonomi Kreatif, Sandiaga Uno mengesahkan sudah menerima makluman daripada Bali dan bakal membawanya usul terbabit di dalam mesyuarat bersama-sama Presiden Joko Widodo dalam tempoh terdekat.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini