Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky mengesahkan bandar Bakhmut tewas di tangan tentera Rusia.
Namun beliau memaklumkan tiada apa yang tinggal di bandar itu.
Ditanya sama ada ukraine masih berkuasa di bandar itu atau telah ditakluk Rusia, Zelensky masih tidak memberi jawapan jelas.
Terdahulu, angkatan tentera Rusia mengumumkan telah menakluki Bakhmut yang menjadi medan pertempuran paling sengit dalam peperangan berkenaan.
Kehilangan Bakhmut akan menjadi sangat simbolik bagi rakyat Ukraine yang bertahan di wilayah itu selama beberapa bulan.
Zelensky bagaimanapun menyifatkan kemenangan Rusia tidak memberi makna memandangkan tiada apa yang tinggal di bandar itu, selain runtuhan dan jasad tentera Rusia.
Dalam pertemuan itu, beliau turut menghargai serta memuji kerja hebat yang ditunjukkan oleh pejuang negaranya.