comscore
Tumpuan :
Dunia

Baguette disenarai warisan dunia UNESCO

FOTO: REUTERS

PARIS: Baguette yang juga roti ruji Perancis disenaraikan sebagai warisan dunia UNESCO.

Badan warisan dan budaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berpangkalan di Paris, mengundi untuk memasukkan ‘pengetahuan artisan dan budaya roti Baguette’ dalam senarai Warisan Budaya Tidak Ketara, seiring hampir 600 tradisi daripada lebih 130 negara.

Ketua UNESCO, Audrey Azoulay, menyifatkan ia meraikan gaya hidup, dengan Perancis: Baguette adalah ritual harian, elemen penstrukturan hidangan, sinonim dengan perkongsian dan kemesraan.

Baguette, roti gebu dan memanjang dengan kerak yang rangup adalah simbol Perancis di seluruh dunia dan menjadi makanan utamanya sekurang-kurangnya sejak 100 tahun lalu, meskipun ada yang mendakwa ia telah wujud lebih lama.

Menurut sejarah, pembuat roti kepada pemimpin tentera Perancis, Napoleon Bonaparte menghasilkan bentuk memanjang agar ia mudah dibawa tentera, manakala yang lain berpendapat sebenarnya tukang roti Austria bernama August Zang yang mencipta Baguette.

Berdasarkan anggaran Fiducial 2019, Perancis masih menghasilkan kira-kira 16 juta roti itu setiap hari, iaitu hampir 6 bilion Baguette setahun, biarpun kadar pengambilan berkurangan sejak beberapa dekad lalu.

Loading...
Terkini