Tumpuan :
Dunia

Australia rancang pindah penduduk Melayu Pulau Cocos akibat kenaikan paras laut

FOTO: Google Maps

SYDNEY: Kerajaan Australia bercadang memindahkan ratusan penduduk Pulau Cocos berikutan ancaman kenaikan paras laut akibat perubahan iklim.

Keputusan itu mencetuskan kemarahan penduduk, kebanyakannya berketurunan Melayu, yang telah menetap di kepulauan itu sejak beberapa generasi.

Pulau Cocos, terletak 2,936 kilometer di barat Australia, semakin terancam oleh hakisan pantai dan kenaikan paras laut yang dijangka meningkat 18 sentimeter menjelang 2030.

Kerajaan mencadangkan pemindahan penduduk, sumber air, jalan raya dan kemudahan lain dalam tempoh 10 hingga 50 tahun akan datang sebagai langkah perlindungan jangka panjang.

Bagaimanapun, Ketua Eksekutif Shire of Cocos Island, Frank Mills, kecewa kerana kerajaan enggan meneroka strategi mitigasi yang membolehkan penduduk terus menetap di situ.

Beliau menegaskan keputusan berpindah bukan mudah kerana ramai telah tinggal di pulau itu selama beberapa generasi dan memiliki warisan budaya yang kuat.

Sementara itu, pakar iklim menggesa Australia mengurangkan pelepasan karbon bagi melindungi komuniti pulau rendah seperti Pulau Cocos dan negara pulau lain yang turut terancam.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini