comscore
Tumpuan :
Dunia

ASEAN zahir solidariti negara terjejas Taufan Yagi

Foto: Reuters

HANOI: Barisan Menteri Luar ASEAN menyatakan rasa dukacita dan simpati terhadap kemusnahan dialami akibat bencana alam terutama taufan di Filipina, Vietnam, Laos, Thailand, China, dan negara-negara lain yang terjejas.

Melalui satu kenyataan dikeluarkan Menteri-menteri Luar ASEAN yang dilaporkan VNA, ASEAN menegaskan solidariti dengan kerajaan dan rakyat negara-negara terjejas serta yakin ia akan dapat diatasi dan pulih dengan segera daripada kesan bencana alam ini.

ASEAN bersedia menghulurkan kerjasama dan sokongan kepada usaha penyampaian bantuan, termasuk melalui Pusat Penyelarasan Bantuan Kemanusiaan bagi Pengurusan Bencana ASEAN (AHA Centre).

Dalam perkembangan berkaitan, Kedutaan Vietnam di Jepun melancarkan kempen pengumpulan dana semalam bagi membantu mangsa di Vietnam.

Bagi berkongsi kesusahan yang dialami mangsa, setiap kakitangan menyumbang sekurang-kurangnya satu hari gaji masing-masing.

Dutanya, Nguyen Duc Minh turut menyeru sokongan daripada komuniti dan persatuan Vietnam di Jepun serta daripada organisasi rakan kongsi dan individu Jepun.

Bantuan barangan dan kewangan boleh dihantar terus ke alamat yang ditetapkan untuk sumbangan atau melalui kedutaan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini