Tumpuan :
Dunia

AS rancang hantar bantuan makanan guna payung terjun

GAZA: Amerika Syarikat akan menghantar bantuan makanan ke Gaza dengan menggunakan payung terjun.

Presiden Joe Biden mengumumkan misi berkenaan dijangka dilaksanakan dalam beberapa hari akan datang tanpa menyatakan butiran lanjut.

Jurucakap Majlis Keselamatan White House, John Kirby berkata misi ‘Airdrop’ akan menjadi usaha secara berterusan.

Jelasnya, bantuan pertama membabitkan bekalan makanan tentera atau ‘Meal Ready-To-Eat’ (MRE).

Setakat ini, masih belum jelas jenis pesawat yang akan digunakan dalam operasi itu, namun pesawat C-17 dan C-130 dilaporkan paling sesuai.

Amerika Syarikat juga sedang melihat kemungkinan koridor maritim untuk menyalurkan sejumlah besar bantuan ke Gaza.

Operasi menggugurkan bantuan kemanusiaan melalui pesawat mengikut langkah negara lain termasuk Jordan dan Perancis. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini