MOSCOW: Amerika Syarikat (AS) telah menghantar kapal pertama dengan peralatan untuk menubuhkan koridor maritim bagi penghantaran bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza, kata Komando Pusat AS (CENTCOM) pada Ahad, lapor Sputnik.
Menerusi hantaran di X, CENTCOM berkata Kapal Tentera AS General Frank S. Besson (LSV-1) berlepas dari Pangkalan Bersama Langley-Eustis menuju ke Mediterranean Timur kurang 36 jam selepas Presiden Joe Biden mengumumkan AS akan menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza melalui jalan laut.
“Besson, sebuah kapal sokongan logistik membawa peralatan pertama untuk membina pelabuhan sementara untuk menghantar bekalan kemanusiaan penting,” menurut hantaran itu. – BERNAMA-SPUTNIK
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.
| ARTIKEL BERKAITAN
- Aktivis, Ahli Kongres AS lancar mogok lapar sebagai sokongan gencatan senjata Gaza
- Sengsara Gaza, sembelih kuda dan makan dedak demi kelangsungan hidup
- Keadaan di Gaza semakin bahaya – WFP
- Angka korban serangan Israel di Gaza melepasi 25,000
- Dua termasuk bayi maut akibat kekurangan zat makanan di Gaza
- Puluhan maut dalam serangan rejm Zionis di Gaza