![](https://media.buletintv3.my/2023/06/us-china.jpg)
WASHINGTON : Amerika Syarikat (AS) merancang untuk meneruskan mesyuarat “peringkat kerja” dengan China bagi menangani cabaran khusus berikutan perbincangan antara Setiausaha Negara AS Antony Blinken dan Menteri Luar China Qin Gang di Beijing, lapor Sputnik memetik Laporan Washington Post.
Pegawai AS dan China mencapai “kemajuan” dalam objektif utama termasuk mewujudkan semula komunikasi peringkat kanan, menyiarkan kebimbangan dan meneroka ruang kerjasama, lapor akhbar itu pada Ahad memetik pegawai Jabatan Negara AS.
Pegawai AS bersetuju untuk mengadakan mesyuarat “peringkat kerja” untuk menangani cabaran khusus dengan China, kata pegawai itu.
![](https://media.buletintv3.my/2023/06/us-china-1.jpg)
Menteri Luar China Qin Gang pada Ahad berkata hubungan China-AS berada pada tahap paling rendah.
Bagaimanapun, menteri itu berkata selepas pertemuannya dengan Blinken di Beijing, beliau bersedia untuk melawat Washington apabila ia sesuai.
Pertemuan Blinken dengan pegawai China di Beijing akan diteruskan pada Isnin, 19 Jun. – BERNAMA-SPUTNIK