Tumpuan :
Dunia

Arab Saudi tidak tuntut pembentukan negara Palestin – AS

Presiden AS, Donald Trump, dan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, ketika sidang media bersama di White House Washington. – Foto REUTERS

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, menyatakan keyakinan bahawa perjanjian normalisasi antara Israel dan Arab Saudi boleh dicapai, sambil menegaskan bahawa Riyadh tidak menetapkan tuntutan untuk pembentukan negara Palestin.

Dalam pertemuan bersama Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu di White House pada Selasa, Trump memuji Netanyahu sebagai ‘pemimpin tepat’ untuk Israel dan menyifatkan situasi di Asia Barat sebagai kompleks tetapi boleh diurus.

“Semua orang mahukan satu perkara – keamanan. Kita mahukan keamanan, dan beliau (Netanyahu) juga mahukan keamanan,” ujar Trump.

Sementara itu, mengenai rundingan dengan Hamas, Netanyahu menegaskan tiga matlamat perang utama Israel; membebaskan semua tebusan, memusnahkan keupayaan ketenteraan dan pentadbiran Hamas, serta memastikan Gaza tidak lagi menjadi ancaman kepada Israel.

Tiga matlamat ini bukan pilihan – ia mesti dicapai,” katanya, merujuk kepada usaha memusnahkan Hamas dan menghapuskan ancaman terhadap Israel.

Trump turut membangkitkan isu pembebasan tahanan Palestin yang didakwa terlibat dalam keganasan sebagai sebahagian daripada perjanjian pertukaran tebusan.

Beliau menyamakan mereka yang melupakan serangan 7 Oktober 2023 dengan penafian Holocaust dan menegaskan keperluan untuk menangani ancaman keselamatan dengan lebih tegas.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini