comscore
Tumpuan :
Dunia

Arab Saudi senarai hitam 54 agensi pelancongan, langgar peraturan

FOTO: Reuters

RIYADH: Arab Saudi menyenaraihitam 54 agensi pelancongan yang menganjurkan perjalanan umrah di 19 negara Arab dan Islam kerana melanggar peraturan.

Langkah itu sebahagian daripada usaha memerangi kegiatan haram dalam perjalanan palsu umrah, selepas agensi berkenaan dikesan melanggar peraturan ketika musim haji pada Jun lalu.

Akhbar Al Watan melaporkan, sindiket itu memberi kesan dan pertikaian apabila ratusan anggota jemaah haji yang tidak berdaftar secara rasmi, meninggal dunia terutama akibat fenomena cuaca panas.

Justeru, beberapa syarikat jemaah haji di Arab Saudi sedang menyelaras dengan agensi keselamatan negara bagi mendedahkan sindiket orang tengah umrah di dalam dan luar negara.

Selain itu, orang tengah ini dipercayai terlibat dalam pemerdagangan manusia atas dakwaan membawa masuk jemaah tidak berdaftar yang juga tidak mampu membayar kos sah umrah untuk visa lawatan.

Bagaimanapun menurut Gulf News, setakat ini, belum ada kenyataan rasmi arab saudi mengenai laporan itu.

Jun lalu Arab Saudi mengumumkan 1,301 jemaah haji, masuk secara tidak sah meninggal dunia pada musim haji kali ini, kebanyakkannya meredah perjalanan jauh di bawah terik matahari.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini