SAN FRANCISCO: Facebook, Instagram, Messenger, WhatsApp dan Threads mengalami gangguan semalam yang menjejaskan aplikasi Meta, lapor Xinhua.
Meta dalam satu hantaran di platform X memaklumkan tentang ‘isu teknikal’ yang sedang dihadapi.
Menurut kenyataan itu lagi, Meta sedar masalah teknikal memberi kesan kepada keupayaan sesetengah pengguna untuk mengakses aplikasinya.
Meta sedang berusaha untuk memulihkan keadaan secepat mungkin dan memohon maaf atas sebarang kesulitan.
Instagram turut memuat naik mesej serupa di platform X.
WhatsApp pula mengesahkan gangguan yang dialami tetapi memaklumkan ia sedang menyelesaikan isu berkenaan, manakala perkhidmatan mula kembali normal setakat 10.49 pagi Waktu Pasifik.
Menurut laman sesawang pemantau gangguan Downdetector, gangguan bermula kira-kira 10 pagi, Rabu.
Laporan gangguan mencapai kemuncaknya dengan lebih 97,000 aduan, manakala Instagram mencatat lebih 67,000 laporan.
Punca gangguan masih belum diketahui.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.