DONGFENG: Tiga angkasawan China berjaya mendarat pulang ke Bumi hari ini, menaiki kapsul kapal angkasa Shenzhou-15, lapor penyiar negeri CCTV.
Ia setelah mereka menamatkan misi enam bulan di stesen angkasa Tiangong China.
Tiga angkasawan, Fei Junlong, Deng Qingming dan Zhang Lu telah mengawasi misi terakhir dalam rancangan China untuk melengkapkan pos luar orbit anak kapal.
Kesemua mereka yang ditemui dilapor sihat selepas mendarat.
Penyiar CCTV melaporkan, kapsul itu mendarat di tapak Dongfeng di wilayah Autonomi Mongolia Dalam China utara, sejurus selepas jam 6:30 pagi (2230 GMT), dengan kakitangan dari agensi angkasa lepas mengisytiharkan keseluruhan misi, yang bermula pada 29 November 2022 sebagai “kejayaan penuh”.
Angkasawan China kembali ke Bumi selepas 'berjaya' misi enam bulan
Sumber : Reuters pic.twitter.com/Qj0jv0RYYn
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) June 4, 2023
Trio Shenzhou-15 mengalu-alukan krew Shenzhou-16 yang telah berlepas ke stesen angkasa Tiangong pada hari Isnin (29 Mei), dan Jumaat (2 Jun).
Kesemua enam angkasawan itu mengambil bahagian dalam upacara menyerahkan kawalan stesen angkasa kepada angkasawan baharu.
Pembinaan stesen angkasa Tiangong, yang direka untuk jangka hayat sekurang-kurangnya 10 tahun, akan menjadi peristiwa penting dalam cita-cita China untuk menguasai penerokaan angkasa lepas.
Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) yang semakin menjangkau usia jangka hayatnya akan menghentikan operasi menjelang akhir dekad ini. – REUTERS