comscore
Tumpuan :
Dunia

Angka maut bencana banjir di India kini meningkat kepada 15 orang.

Foto AlJazeera

INDIA: Situasi itu diburukkan lagi dengan kejadian tanah runtuh dipengaruhi hujan lebat yang membadai utara negara berkenaan.

New Delhi dilaporkan menerima tadahan hujan paling banyak kali ini sepanjang tempoh 40 tahun.

Jalan raya di beberapa lokasi ibu negara turut ditenggelami air pada paras lutut tatkala 153mm hujan dicatatkan membasahi bumi New Delhi.

Dengan ramalan hujan lebat untuk sehari lagi, pihak berkuasa mengeluarkan perintah penutupan sekolah berkuat kuasa hari ini.

Agensi berita tempatan memaklumkan kesemua 15 mangsa yang maut dalam tempoh 24 jam adalah di negeri utara India dengan enam daripadanya adalah dari Himachal Pradesh.

Kejadian tanah runtuh mengakibatkan hampir 700 jalan raya terputus hubungan.

Jabatan meteorologi turut meramalkan hujan di utara India dalam beberapa hari akan datang ini.

Loading...
Terkini