Tumpuan :
Dunia

Angka korban Siklon Tropika Freddy melonjak kepada lebih 220 orang

Angka korban Siklon Tropika Freddy melonjak kepada lebih 220 orang di Malawi, Mozambique dan Madagascar.

Malawi mencatatkan 190 kematian dengan ratusan lagi cedera.

Manakala negara jiran Mozambique pula merekodkan 20 kematian.

Usaha menyelamat masih diteruskan dengan jumlah kemusnahan sebenar masih belum dapat dipastikan.

Kerajaan Malawi dalam kenyataannya mendedahkan kira-kira 19,000 penduduk hilang tempat tinggal.

Ahli kaji cuaca menyifatkan Freddy siklon paling lama dengan rekod baharu kira-kira sebulan

Freddy mula tercetus 4 Februari lalu di luar perairan Australia dan bergerak lebih 8,000 kilometer sebelum melanda Madagascar and Mozambique hujung Februari lalu – AL JAZEERA

Loading...
Terkini