KHOROG: Angka korban runtuhan salji di Tajikistan meningkat kepada 20 orang.
Beberapa kejadian runtuhan dilaporkan di wilayah Gorno-Badakhshan berhampiran sempadan China dan Afghanistan.
Setakat ini ratusan penduduk terpaksa dipindahkan.
Puluhan kediaman juga dilaporkan tertimbus salji
Keadaan mungkin bertambah buruk dengan ramalan salji tebal sehingga Ahad ini.
Susulan itu, Datuk Bandar Khorog, menggesa 30,000 penduduk di bandar itu agar kekal di rumah bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku. – REUTERS