FREETOWN: Lima belas orang disahkan terkorban selepas sebuah bangunan tujuh tingkat runtuh di Freetown, ibu negara Sierra Leone, menurut Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan Sierra Leone lewat Khamis, lapor Xinhua.
Kemalangan itu, yang berlaku pada Isnin, menyebabkan berpuluh-puluh penduduk tertimbus di bawah runtuhan, menurut saksi.
Agensi itu berkata lapan mangsa yang terselamat telah ditemukan setakat Khamis, manakala 15 orang terkorban.
Agensi pengurusan bencana itu berkata pasukan penyelamat mencapai kemajuan yang ketara dalam membersihkan runtuhan sambil meneruskan usaha untuk sampai ke bahagian bawah yang lebih ramai penduduk dipercayai terperangkap.
Siasatan ke atas punca runtuhan masih dijalankan. – BERNAMA-XINHUA
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.