ANKARA : Angka korban gempa bumi kuat Turkiye kini melebihi 50,000 orang.
Jumlah itu termasuk angka kematian yang dicatatkan di Syria dengan hampir 6,000 orang.
Menurut laporan Al-Jazeera, usaha mencari mangsa disertai hampir 240,000 anggota penyelamat
Pada masa sama, lebih 9,000 gempa susulan dicatatkan sejak bencana itu berlaku pada 6 Februari lalu.
Menurut kenyataan dikeluarkan kerajaan Turkiye, 173,000 bangunan musnah atau rosak teruk.
Manakala lebih 1.9 juta penduduk berlindung di pusat penempatan sementara dengan keseluruhan 20 juta penduduk terjejas akibat bencana itu. – AL JAZEERA