comscore
Tumpuan :
Dunia

Angka korban gempa Afghanistan cecah 2,000 orang

FOTO: Reuters

AFGHANISTAN : Jumlah korban gempa bumi kuat 6.3 magnitud yang melanda barat laut bandar Herat mencecah 2,000 orang.

Jurucakap Taliban dalam kenyataannya turut mengesahkan lebih 9,000 orang lagi cedera.

Lapor media antarabangsa, 12 perkampungan terjejas berhampiran bandar Herat dalam gegaran kuat pagi semalam.

Struktur binaan kediaman penduduk yang diperbuat daripada lumpur menjadi salah satu punca kediaman mudah ranap.

Dalam pada itu, Jabatan Kesihatan Wilayah Herat memaklumkan, lebih 200 mayat telah dibawa ke hospital.

Usaha mencari mangsa yang terperangkap di bawah sisa runtuhan masih giat dijalankan pasukan penyelamat.

Namun kebanyakkan kawasan yang terjejas masih belum dapat diakses sepenuhnya melalui jalan raya susulan kemusnahan yang berlaku.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini