comscore
Tumpuan :
Dunia

Angka korban banjir di Kathmandu meningkat kepada 101 orang

KATHMANDU: Angka korban akibat banjir yang melanda Kathmandu meningkat kepada 101 orang.

Operasi mencari dan menyelamat 64 mangsa yang hilang dipergiat membabitkan lebih 3,000 anggota penyelamat.

Limpahan sungai dengan tebing pecah menyebabkan kebanyakan kediaman ditenggelami air, selain kerosakan harta benda penduduk.

Peningkatan paras air turut menyekat sebahagian laluan utama dengan pasukan penyelamat terpaksa menggunakan bot dan helikopter untuk memasuki kawasan yang terjejas.

Kathmandu merekodkan 240 milimeter hujan dalam tempoh 24 jam yang juga tertinggi sejak 1970. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini